
Saturday, 15 February 2014 | 0 komen
Assalamualaikum w.b.tSelamat pagi semua, alhamdulillah masih mampu menghirup udara di pagi Ahad ini. Maaf kerana agak lama tidak update blog ini, maklumlah pelajar asrama. Tidak selalunya pulang bermalam. Hari ini kami berkesempatan menyediakan anda kepada ilmu tarannum untuk pembacaan al-Quran yang lebih menarik.
Tarannum dari segi bahasa bermaksud berdendang atau menyanyi. Menurut istilah pula, tarannum bermaksud kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada,rentak dan irama yang tertentu.
Aliran tarannum ini terbahagi kepaada 2 iaitu aliran tarannum Hijazi dan aliran tarannum Misri. Mengikut sukatan pembelajaran kami, kami hanya didedahkan aliran tarannum Misri. Aliran tarannum Misri pula terbahagi kepada 7 iaitu :-
-Bayati
-Soba
-Hijaz
-Nahwand
-Rast
-Sikah
-Jiharkah
Sebelum memulakan bacaan bertarannum, anda perlu mengetahui tentang tahap suara. Bacaan al-Quran secara bertarannum perlu dimulakan dengan suara yang rendah dan lama kelamaan meninggi. Ilmu tarannum memebri nama bagi setiap tingkatan suara tersebut,
*Qarar = suara rendah
*Nawa
*Jawab
*Jawabul Jawab = suara tertinggi
Disini adalah ciri-ciri dan sifat aliran tarannum Misri:-
Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.
Sifat Tarannum Al-Bayyati
• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.Peranan Tarannum Al-Bayyati
• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir
Sifat Tarannum Soba
• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.Peranan Tarannum Soba
• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz
• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.Peranan Tarannum Hijaz.
• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHAWAND
Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahawand
• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.Peranan Tarannum Nahawand
• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.Peranan Tarannum Rast
• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SIKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Peranan Tarannum Sikah
• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.Peranan Tarannum Jiharkah
• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
Anda boleh cari di Youtube untuk mendengar cara bacaan mengikut tarannum tersebut. Dalam palylist di blog kami terdapat bacaan tarannum bayati oleh Ustaz Nik Azizan dalam surah Al-Baqarah.
Sekian sahaja pembelajaran kita hari ini, moho maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam post ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk tiu datangnya daripada kami, walaupun hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah. Selamat mencuba. Wassalam,
Salam ukhwah,

Thursday, 30 January 2014 | 0 komen
Assalamualaikum,
Selamat datang ke blog Kelas Kemahiran Al-Quran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu,Sabah. Blog ini dibuat khas untuk para pelajar KKQ dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu al-Quran.
Disini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kelab ini. Kelab KKQ ini diketuai oleh Ustaz Amir Hussein bin Baaduh, guru kelas kemahiran Al-Quran sendiri dan terbahagi kepada beberapa AJK yang lain. Pada tahun ini, pengerusi bagi kelab ini ialah Khairullah bin Jenula, pelajar tingkatan 5 dan dibantu oleh Rosilah binti Samad juga pelajar tingkatan 5.
Kelas sentiasa berjalan pada waktu petang dan malam mengikut tingkatan masing-masing. Setiap pelajar diagihkan buku KKQ untuk digunakan dalam kelas semasa pembelajaran berlansung. Sukatan pelajaran mengikut tingkatan sentiasa dipatuhi. Terdapat beberapa elemen yang dipelajari dalam kelas ini iaitu ilmu tarannum, ilmu hafazan, ilmu qiraat , ilmu ulum-Alquran dan ilmu tajwid. Kami belajar setiap elemen tersebut dengan mendalam.
Tarannum dan hafazan akan diaplikasi melalui pembacaan bersama ustaz. Ustaz akan mendengar dan menegur setiap kesalahan dalam pembacaan Al-Quran. Selain daripada mempelajari al-Quran, kelab ini juga mempunyai aktiviti lain seperti mengadakan jamuan, lawatan dan sebagainya.
Terdapat juga beberapa sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah melalui kelab KKQ ini iaitu Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah, daerah,kebangsaan. Selain itu, hasil usaha Ustaz Amir inilah telah melahirkan beberapa Qari dan Qariah SMKAKK serta Hafiz dan Hafizah SMKAKK yang telah mewakili sekola ke beberapa peringkat. Bukan itu sahaja, kelab ini juga pernah mendapat kunjungan daripada Sekolah Mahat Tahfiz, Kepayan pada tahun 2012.
Ini adalah salah satu Qari' yang telah mewakili SMKAKK dalam MTQ.Dia juga salah satu anak didik Ustaz Amir Hussin. Bakhtiar Mustaqim bin Yaharudin ini telah mengharumkan nama kelab ini serta nama sekolah.
Gambar ini diambil semasa kami menerima kunjungan daripada guru dan pelajar dari Mahat Tahfiz, Kepayan.
Ustaz Amir Hussin (kanan) memberi cenderahati kepada ustaz daripada Mahat Tahfiz (kanan).
Sekian sahaja sesi perkenalan kita. Semoga para pembaca sekalian sentiasa mengikuti pautan kami. Harap maaf sekiranya ada yang tersilap bicara mahupun tersalah fakta tadi. Mohon diampunkan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada saya yang menaip ini.Walaupun hakikatnya kedua keduanya datang daripada Allah S.W.T. Sekian, wassalam.
Salam ukhwah,