//Al-Quran



Home




Salam Perkenalan
Thursday, 30 January 2014 | 0 komen
Assalamualaikum,


Selamat datang ke blog Kelas Kemahiran Al-Quran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu,Sabah. Blog ini dibuat khas untuk para pelajar KKQ dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu al-Quran. 


Disini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kelab ini. Kelab KKQ ini diketuai oleh Ustaz Amir Hussein bin Baaduh, guru kelas kemahiran Al-Quran sendiri dan terbahagi kepada beberapa AJK yang lain. Pada tahun ini, pengerusi bagi kelab ini ialah Khairullah bin Jenula, pelajar tingkatan 5 dan dibantu oleh Rosilah binti Samad juga pelajar tingkatan 5. 

Kelas sentiasa berjalan pada waktu petang dan malam mengikut tingkatan masing-masing. Setiap pelajar diagihkan buku KKQ untuk digunakan dalam kelas semasa pembelajaran berlansung. Sukatan pelajaran mengikut tingkatan sentiasa dipatuhi. Terdapat beberapa elemen yang dipelajari dalam kelas ini iaitu ilmu tarannum, ilmu hafazan, ilmu qiraat , ilmu ulum-Alquran dan ilmu tajwid. Kami belajar setiap elemen tersebut dengan mendalam.

Tarannum dan hafazan akan diaplikasi melalui pembacaan bersama ustaz. Ustaz akan mendengar dan menegur setiap kesalahan dalam pembacaan Al-Quran. Selain daripada mempelajari al-Quran, kelab ini juga mempunyai aktiviti lain seperti mengadakan jamuan, lawatan dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah melalui kelab KKQ ini iaitu Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah, daerah,kebangsaan. Selain itu, hasil usaha Ustaz Amir inilah telah melahirkan beberapa Qari dan Qariah SMKAKK serta Hafiz dan Hafizah SMKAKK yang telah mewakili sekola ke beberapa peringkat. Bukan itu sahaja, kelab ini juga pernah mendapat kunjungan daripada Sekolah Mahat Tahfiz, Kepayan pada tahun 2012. 


 Ini adalah salah satu Qari' yang telah mewakili SMKAKK dalam MTQ.Dia juga salah satu anak didik Ustaz Amir Hussin. Bakhtiar Mustaqim bin Yaharudin ini telah mengharumkan nama kelab ini serta nama sekolah.


Gambar ini diambil semasa kami menerima kunjungan daripada guru dan pelajar dari Mahat Tahfiz, Kepayan.


Ustaz Amir Hussin (kanan) memberi cenderahati kepada ustaz daripada Mahat Tahfiz (kanan).


Sekian sahaja sesi perkenalan kita. Semoga para pembaca sekalian sentiasa mengikuti pautan kami. Harap maaf sekiranya ada yang tersilap bicara mahupun tersalah fakta tadi. Mohon diampunkan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada saya yang menaip ini.Walaupun hakikatnya kedua keduanya datang daripada Allah S.W.T. Sekian, wassalam.

Salam ukhwah, 




| Newer